WAMRECT merupakan singkatan kepada Wangsa Maju Recreational Club atau Kelab Rekreasi Wangsa Maju. WAMRECT ditubuhkan hasil dari perkongsian minat yang sama sesama sahabat yang rata-ratanya merupakan belia di Kuala Lumpur khususnya di Wangsa Maju dalam aktiviti-aktiviti luar seperti jelajah hutan, jelajah gua, pendakian, menyelam dan segala jenis aktiviti-aktiviti luar dan sukan yang lasak mahupun ekstrim di dalam negara dan juga di luar negara.
Dengan pengalaman kami yang selama ini aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti luar dan sukan lasak secara tertutup, kami mula berfikir yang ada baiknya kami memberi peluang kepada rakan-rakan masyarakat di luar sana merasai sendiri pengalaman pertama menjalani aktiviti luar yang mungkin tidak pernah mereka impikan. Justeru itu WAMRECT ditubuhkan dan didaftarkan sebagai sebuah Kelab Rekreasi untuk membuktikan kesungguhan kami dalam mengejar dan merealisasikan impian kami bersama anda semua di luar sana.
Kami amat berhasrat untuk menjadi satu-satunya kelab versi kembara yang mementingkan tanggungjawab sosial dalam memastikan semua golongan mampu beriadah dalam aktiviti-aktiviti sebegini pada kadar yang paling minima. Kami juga amat bercita-cita untuk melahirkan golongan professional dalam bidang ini supaya kami terus mampu dan berupaya mengendalikan acara-acara besar selepas ini. Sekurang-kurangnya secara tidak langsung kami akan dapat membantu menjanakan ekonomi melalui hobi masing-masing.
InsyaAllah dengan sokongan, bantuan dan pengalaman yang dikongsi oleh semua dan kemampuan yang kami ada, kami yakin dan percaya kami kini sedang bergerak di landasan yang tepat dan betul. Sentiasalah bersama kami di WAMRECT kerana kami mampu membawakan kepada anda gaya hidup sihat dan mencabar sebagai sebuah kenangan manis dalam hidup anda.
Salam kembara...Salam 1Malaysia!!!
Wednesday, March 4, 2015
WAMRECT - Wangsa Maju Recreational Club
Labels:
tujuan penubuhan,
wamrect
Location:
Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment