Sebagai acara pembukaan 2016, Wamrect bersama Biro Belia dan Sukan UMNO Wangsa Maju telah selamat dan berjaya menjalankan ekspedisi pada hari ini.
Dengan seramai 18 orang anak muda seawal 6 pagi lagi telah bergerak ke kaki Gunung Angsi. Pendakian berjaya ditamatkan di Angsi Summit setelah berhempas pulas mencabar diri dengan mengambil masa selama 2 jam 30 minit keseluruhannya melalui denai-denai pacak yang berselirat dengan akar-akar kayu di keheningan pagi. Bagaimanapun semuanya berbaloi bila tiba di puncak.
Aktiviti selesai pada jam 12.30 tengahari setelah 1 jam 40 minit digunakan untuk turun dari puncak. Alhamdulillah cuaca mendung melancarkan perjalanan ekspedisi kali ini.
Jamuan makan tengahari kemudiannya diadakan di Restoran Nelayan, Jalan Hutton, Seremban. Terima kasih diucapkan buat penaja iaitu Biro Belia dan Sukan UMNO Wangsa Maju yang sentiasa menjadi tulang belakang wamrect dan tanpa putus memberi sokongan dan dorongan dalam aktoviti lasak sebegini.
Tahniah buat semua pendaki! Kita jumpa lagi pada ekspedisi seterusnya!!!
#wamrect
#BeliaDanSukanWM
#BBDSWM
#FitMalaysia
#fitforlife
#gunungangsi
#hiking
#Kaki_Langgar
#anakgunung
:::NOTA:::
Gambar-gambar boleh didapati di www.facebook.com/wamrect
No comments:
Post a Comment